Isu Syiah — Kenyataan Media Mohammad Sabu

KENYATAAN yang dikeluarkan oleh KSU Kementerian Dalam Negeri pada sidang akhbar khas berkaitan bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan Syiah terhadap saya adalah bersifat fitnah terhadap diri saya. 

Kenyataan beliau adalah lanjutan dari kenyataan Naib Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO.

Kenyataan NP UMNO, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggung jawab. Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'. 

Kenyataan berulang kali oleh NP UMNO berjawatan Menteri Dalam Negeri ini juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah NP UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya.

Sekian, 

Mohamad bin Sabu
Timbalan Presiden PAS
12 disember 2013, 850 malam
Langkawi.

Post a Comment

Previous Post Next Post