Malam berinai, Rozita Che Wan pakai barang kemas RM11 juta

,

EdisiRakyat.com

PELAKON jelita, Rozita Che Wan yang bakal menikah hari ini, telah menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta pada malam berinai yang berlangsung Dewan N'Dah Shah ALam, malam tadi.

Rozita, 40, menggayakan barang kemas itu dengan busana berwarna ungu, rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini yang turut ditemani bakal suaminya, aktor kacak, Zain Saidin, 29.

Malam berinai itu telah diadakan dua sesi di mana, sesi pertama Rozita atau Che Ta telah menggayakan barang kemas delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.

Che Ta dan Saidin yang kelihatan  duduk di atas pelamin yang dihiasai gabungan mawar putih dan ungu itu memakai inai tajaan My Beautiful Henna.

Pada sesi kedua, sebaik selesai majlis berinai, pasangan hangat itu telah menukar pakaian dengan mengenakan busana berona putih tajaan Bianco Mimosa bersama barang kemas bernilai RM5 juta.

Barang kemas itu berupa set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar.

Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet — Sinar Harian