Selangor perkenal syarat baru bina lebuhraya

KETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas ini akan mengenakan syarat lebih ketat bagi cadangan pembinaan lebuh raya baru.

Anwar yang juga penasihat ekonomi negeri Selangor menjelaskan, melalui syarat baru itu, kebenaran pembangunan hanya diberikan sekiranya syarat keuntungan mengikut formula yang lebih adil kepada rakyat dipatuhi oleh kerajaan Persekutuan dan pemegang konsensi.

Kata Anwar, ia adalah sebagai tindakan yang boleh diambil kerajaan Selangor bagi membendung kenaikkan tol.

Pada sidang media sama, Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli berkata, syarat tesebut akan menyebabkan kerajaan negeri mengalami sedikit kerugian dari segi hasil.

Namun ia perlu dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat peningkatan kadar tol tersebut — Keadilandaily 

Post a Comment

Previous Post Next Post