Sogok penguatkuasa Maritim, pengarah syarikat perikanan dipenjara, denda

PENGARAH sebuah syarikat perikanan dipenjara tiga hari dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen terhadap tiga pertuduhan memberi RM250,000 kepada seorang lelaki kononnya untuk diberikan kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung penahanan dua buah bot miliknya.

Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Choh Chaw Khiang, 41, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pilihan.

Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara sehari bagi setiap pertuduhan bermula hari ini dan Choh boleh dipenjara 15 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, Choh didakwa memberi wang tunai RM100,000 kepada Arman Alies kononnya untuk diberikan kepada pegawai atasan APMM sebagai balasan dua bot yang ditahan APMM atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kepada Arman untuk tujuan sama di dalam tandas Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, dekat sini, jam 1 pagi pada 8 Jun 2013

Post a Comment

Previous Post Next Post