Tambang bas tetap akan naik sehingga 40 peratus mulai esok

PERSEKUTUAN Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini (esok) sehingga 40% walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah lapor The Malaysian Insider, TMI.

Kenaikan itu dikatakan adalah akibat daripada kenaikan harga diesel sebanyak RM0.20 seliter yang diumumkan oleh kerajaan pada September lalu.

"Surcaj tambang bas sekolah akan dinaikkan sehingga 40% tetapi ia tertakluk kepada rundingan di antara pengusaha dan ibu bapa. Ada juga pengusaha yang hanya mahu menaikkan sekitar RM5 ke RM10 buat permulaan sehingga SPAD mengumumkan kadar tambang bas sekolah baru.

TMI turut memetik kenyataan Presiden PPBSM, Amali Munif Rahmat yang mengatakan bahawa,

"Kerajaan mengurangkan subsidi diesel sebanyak 20 sen iaitu peningkatan kos sebanyak 13.5%. Apabila kos sara hidup semakin tinggi, pemandu bas sekolah juga mahu pendapatan mereka meningkat. Mereka mahu pendapatan dinaikkan kepada 10%. Jika kedua-dua kos itu dijumlahkan, ia meningkat kepada 23.5%," — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post