AC Mizal diperintah bayar nafkah anak RM1400 sebulan

PENGACARA Maharaja Lawak Mega Datuk AC Mizal diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam untuk membayar nafkah bulanan dua anak lelakinya daripada RM300 kepada ` RM1400. 

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan bekas model Shafnie Zainuddin (gambar), 38, dalam tuntutannya bagi mengubah perintah nafkah untuk kedua-dua anaknya, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya Muhammad Shabil Iman, 15. 

Mahkamah turut memerintahkan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini 44, membayar RM3,000 setahun iaitu tuntutan nafkah tambahan yang dimohon Shafnie termasuk pakaian, rawatan dan pendidikan serta persediaan hari raya.

Post a Comment

Previous Post Next Post