All Nippon Airways, ANA digesa mohon maaf atas iklan TV berbaur perkauman

SYARIKAT penerbangan Jepun digesa memohon maaf atas penyiaran satu iklan TV yang disifatkan oleh pengkritik sebagai berbaur perkauman kerana mengejek rupa fizikal orang barat berambut perang dan berhidung mancung lapor Daily Mail.

Syarikat Penerbangan All Nippon Airways, (ANA) mendakwa mereka kini sedang mengubahsuai untuk memperbetulkan iklan TV tersebut, namun mempertahankan bahawa mereka menyiarkannya tanpa niat buruk.

ANA mula menyiarkan iklan TV berdurasi 30 saat itu pada hari Sabtu, bertujuan untuk mempromosikan jadual penerbangan antarabangsa barunya dari Lapangan Terbang Haneda, Tokyo bermula Mac tahun ini.

Iklan tersebut menayangkan dua orang lelaki Jepun mengenakan uniform ANA berbincang dalam Bahasa Inggeris tentang bagaimana mereka mahu menaikkan imej ANA sebagai syarikat penerbangan antarabangsa. 

Salah seorang dari mereka berkata: 'Mari kita ubah imej orang Jepun' seorang lagi menjawa: 'Baiklah,' wajahnya serta merta berubah dengan memakai rambut palsu beewarna perang dan hidung getah yang mancung. 

Orang-orang barat sering digambarkan sebagai berhidung mancung, mata biru dan berambut perang, karakter yang disukai oleh masyarakat Jepun.

Iklan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna media sosial berbahasa Inggeris di Jepun. Menyaksikan pelbagai ulasan-ulasan mengkritik di laman facebook rasmi ANA.

Jurucakap ANA, Ryosei Nomura berkata, syarikat itu mahu menggambarkan betapa pentingnya rancangan untuk mengembangkan perkhidmatan antarabangsanya dari Haneda dan menyeru orang Jepun untuk keluar melihat dunia.

'Namun kami menerima tanggapan yang berlainan daripada mesej yang cuba disampaikan. Kami akn perbetulkan bahagian iklan tersebut dan akan menyiarkan versi kedua tidak lama lagi,' katanya.

Iklan TV yang pada awalnya dijadualkan untuk siaran dari hari Sabtu hingga Isnin kini sudah ditarik balik, katanya lagi. 

Sebelum itu, jurucakap ANA mengakui ada menerima panggilan daripada pelanggan-pelanggan kebanyakannya orang asing, mengadu berkenaan hal itu.

'We apologised to each of the customers for having caused uncomfortable feelings and also thanked them for bringing up the issue,' she told AFP.

'Kami memohon maaf kepada setiap pelanggan kami kerana merasa tidak selesa, dan turut berterima kasih kepada mereka kerana membangkitkan hal itu,' katanya sepeeti yang dilaporkan oleh Daily Mail yang memetik laporan AFP. — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post