AMK mahu Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor


KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim calon terbaik untuk bertanding di DUN Kajang, susulan perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh hari ini seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar kata Angkatan Muda Keadilan, AMK.

Dalam satu kenyataan ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Edisi Rakyat hari ini, perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh membuka ruang kepada KEADILAN untuk menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar. 

"Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar." tulis kenyataan itu.

AMK turut menegaskan pendiriannya bahawa sayap Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN itu hanya setuju jika Anwar dipilih sebagai calon bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Shamsul yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka turut berjanji untuk menggerakkan jentera pilihanraya AMK bersama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil itu nanti. — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post