Awas individu minta wang pengusaha makanan — Dr Afif Bahardin

MUTAKHIR ini kerajaan negeri melalui beberapa agensi penguatkuasaan menerima laporan bahawa ada syarikat yang menyamar sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang masuk ke kedai-kedai kopi dan meminta yuran latihan kemudian mengeluarkan sijil tanpa sebarang latihan.

Kes-kes begini telah berlaku termasuk di sebelah Seberang Perai dan juga sebelah pulau. Perkara begini telah menjatuhkan imej Kementerian Kesihatan, dan kerajaan Pulau Pinang sendiri.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri bahawa latihan yang dimaksudkan adalah Latihan Pengendali Makanan yang dijalankan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diikhtiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 jam dengan bayaran RM50 dan dilatih oleh Pelatih yang telah diikhtiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Latihan ini adalah wajib kepada semua pengendali makanan.

Bagi pengendali makanan yang pernah mengikuti Kursus asas Kebersihan Dan Keselamatan Makanan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam tempoh 1 Jan 1996 hingga 31 Dis 2009, sijil dan kursusnya adalah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, maka pengendali tersebut tidak perlu menduduki semula kursus tersebut.

Berikut saya nyatakan 6 Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang berdaftar di Pulau Pinang :

Pearl Garden Enterprise
Pusat Latihan & Perundingan Wasin
Sihat Utama Enterprise
CSL Training & Consultancy
SQC Management (Pg) Sdn Bhd
Institusi Pengendali Makanan Ilham

Saya pohon kepada pengendali makanan yang didatangi pihak yang tidak bertanggungjawab ataupun pihak yang tidak memenuhi piawaian layak untuk mengeluarkan sijil, agar melaporkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin.

YB Dr Afif bin Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pulau Pinang.

Post a Comment

Previous Post Next Post