Enam baki tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dibebaskan

,

EdisiRakyat.com

ENAM orang baki tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan telah dibebaskan pada hari Ahad.

Tiga warganegara Malaysia, dua Indonesia dan seorang Filipina itu dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting pada pukul 8:30 pagi lapor Bernama.

"Tidak ada apa yang kamu perlu bimbangkan, kamu semua kini sudah dibebaskan," kata pengarah pusat tahanan tersebut, Penolong Pengarah Penjara, Mohd Roslen Ramli memberitahu kesemua bekas tahanan sewaktu pembebasan mereka.

ISA telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 pada 31 July tahun lalu.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan bahawa baki tahanan ISA akan dibebaskan kesemuanya pada haru Ahad.

Keenam-enam mereka yang berpakaian biasa, dan membawa sebuah beg dan sebuah kotak mengandungi barangan peribadi masing-masing kelihatan girang dan melahirkan rasa syukur di atas pembebasan.

Sebaik sahaja mepangkah keluar dari pintu utama pusat tahanan tersebut, mereka berbual-bual dengan beberapa pegawai dan kakitangan sambil mengambil gambar sesama mereka.

Keenam-enam mereka ditahan pada 14 Nov 2011 kerana didakwa menjadi ahli kumpulan Sabah Darul Islamiah, (DI) yang dikatakan sebagai kumpulan pengganas — EdisiRakyat.com