Facebook disaman kerana didakwa intip mesej peribadi pengguna untuk manfaat pengiklan

,

EdisiRakyat.com

SATU tindakan undang-undang difailkan terhadap Facebook mendakwa gergasi laman sosial itu telah mengintip maklumat peribadi dalam peti masuk penggunanya secara sistematik untuk dijual kepada pengiklan.

Matthew Campbell dari Pulaski County, Arkansas, dan Michael Hurley dari North Plains, Oregon, mendakwa Facebook telah secara sistematik melanggar kerahsiaan peribadi pengguna dengan cara mengintip mesej peribadi dalam peti masuk tanpa kebenaran pemilik akaun.

Dokumen saman itu turut mendakwa berlaku imbasan ke atas mesej-mesej peribadi pengguna untuk mengetahui jika terdapat alamat laman sesawang pihak ketiga di dalam mesej di peti masuk.

Ini merupakan satu pelanggaran Akta Peribadi Komunikasi Peribadi dakwanya lagi.

Jurucakap gergasi laman sosial yang kini sudah mencecah lebih 1 bilion pegguna itu berkata, "kami yakin bahawa tuduhan ini tidak mempunyai asas, dan kami akan mempertahan diri sebaik mungkin" — EdisiRakyat.com