Lelaki mengaku Sultan Melaka tiada hak tuntut tahta — Idris Haron

RAJA Noor Jan Shah Raja tiada hak untuk menuntut tahta Sultan Melaka kerana pentadbiran Melaka kini tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron. 

"Kita menggunakan Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Melaka adalah sebuah negeri yang ditadbir dan diuruskan oleh seorang wakil persekutuan, iaitu Ketua Negeri, Yang Dipertua Negeri dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. 

"Saya nasihatkan dia (Raja Noor Jan Shah) faham realiti ini," katanya memberitahu wartawan di Masjid Al-Azim.

Raja Noor Jan Shah berterusan mendakwa dirinya sebagai pewaris Sultan Melaka dengan mempamerkan bukti-bukti yang menyokong dakwaan beliau di dalam blognya — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post