Najib Razak jawab kritikan isu 'Kangkung'

,

EdisiRakyat.com
MENGULAS isu 'kangkung' yang ditimbulkan oleh orang ramai terutama warga maya, susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Najib berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.

Beliau berkata sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.

Najib dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata "Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.

Ucapan Najib sebelum ini menerima ejekan hebat orang ramai terutama warga maya di laman sosial Facebook dan Twitter dengan pelbagai foto dan video direkacipta oleh warga maya untuk menyindir beliau.

Fenomena 'kangkung' itu turut dilaporkan oleh sumber berita berpengaruh luar negara termasuk portal berpengaruh Britain, BBC dan Kompas, dari Indonesia. — EdisiRakyat.com