Patung Buddha bogel atas restoran timbulkan kemarahan di media sosial


PEMILIK sebuah restoran meletakkan dua buah patung Buddha bogel dalam aksi memanjat di atas dan dinding premis miliknya dengan harapan untuk menarik perhatian lebih ramai pelanggan di dalam melariskan perniagaan.

Dua buah patung Buddha gergasi dalam aksi memanjat yang dipacak bermula hari Ahad lalu di tengah-tengah laluan membeli belah tumpuan ramai di Jinan, Shadong Negara China itu, terpaksa diturunkan selepas ia menimbulkan kemarahan orang ramai di laman sosial Sina Weibo.

Sebahagian besar pengguna laman sosial menganggap tindakan itu mencemarkan kesucian agama Buddha.

The South China Morning Post memetik luahan seorang pengamal ajaran Buddha Zen, Miaoming yang hairan bagaimana sebuah negara yang memiliki sejarah ribuan tahun boleh menghina budayanya sendiri. 

Sementara itu, sebahagian pengguna lainnya mempunyai pandangan lebih kepada unsur jenaka sambil menyebutnya sebagai "Buddha melompat ke dinding" merujuk kepada sejenis makanan mewah Cina yang diperbuat daripada bahan seperti timun dan kerang.

Tidak dapat dipastikan siapakah pihak yang menurunkan patung itu, namun akhbar tempatan melaporkan bahawa orang ramai percaya ia diturunkan atas arahan pihak berkuasa tempatan. — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post