Pemilik kucing rakam gelagat kucing tamak

,

EdisiRakyat.com
SEBUAH rakaman video gelagat seekor kucing tamak adalah antara video paling popular dan menjadi perbualan hangat minggu ini.

Rakaman video oleh seorang pemilik kucing dari Korea Selatan itu menayangkan gelagat seekor kucing tamak yang mahu menguasai ketiga-tiga bekas makanan yang disediakan tanpa membenarkan seekor lagi kucing menyentuhnya.

Kucing tamak itu akan menyondol seekor lagi kucing setiap kali ia mendapati salah satu antara tiga bekas makanan cuba disentuh.

Video tersebut dimuat naik di laman perkongsian video popular YouTube — EdisiRakyat.com 

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=oHWsCy8u_0Y