SKMM siasat penjual dan pemilik alat curi sambungan Wifi

MENJUAL atau memiliki perisian untuk menggodam privasi individu lain menjadi kesalahan dan tindakan boleh diambil mengikut prosedur Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani johari berkata, orang ramai yang berdepan masalah itu boleh membuat aduan kepada SKMM untuk tindakan sewajar nya.

Menurutnya, memiliki Wifi Booster atau perisian Wifi Cracker menjadi kesalahan jika digunakan tanpa kebe- naran SKMM, tambahan pula ia digunakan sehingga menyusahkan orang lain. 

Katanya, ada prosedur yang boleh diambil SKMM selepas siasatan lanjut dilakukan sebagai tindakan menceroboh hak privasi orang. 

 "Selepas menerima maklumat daripada orang ramai, SKMM akan membuat siasatan bagi mengenal pasti individu yang melakukan kegiatan terbabit sebelum mengambil langkah sewajarnya"

Hak individu tidak boleh diceroboh dan tindakan menggunakan barangan yang dibayar orang lain untuk kepentingan diri sendiri adalah satu kesalahan" katanya seperti yang dilaporkan oleh Metro Ahad. 

Menurut Jailani, orang ramai yang memiliki maklumat mengenai penjualan perisian serta peralatan itu perlu melaporkan kepada SKMM supaya penggunaannya tidak menjadi trend — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post