Tunai janji PRU13: harga kereta dipasang di Malaysia turun pada 2018

,

EdisiRakyat.com

DASAR Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga antara 20 hingga 30 peratus bagi kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018 lapor Berita Harian. 

Kerajaan dilaporkan akan mengambil pendekatan menyediakan insentif untuk terus menggalakkan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.

Berita Harian memetik sumber industri, turut melaporkan bahawa penurunan harga kereta itu juga selaras agenda kerajaan yang dinyatakan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Semakan semula DAN yang ditunggu-tunggu peserta industri, pelabur dan pengguna, menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan berterusan Bumiputera, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli. — EdisiRakyat.com