Ugutan 13 Mei: KEADILAN gesa Polis bertindak terhadap peserta himpunan

KEADILAN menggesa pihak Polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam himpunan di Pulau Pinang semalam yang menyaksikan beberapa sepanduk mengugut untuk mengulangi pertumpahan darah peristiwa 13 Mei dibawa oleh peserta. 

Naib Presiden parti itu, N. Surendran menjelaskan ugutan pertumpahan darah oleh ahli Umno itu sangat mengejutkan dan ia jelas satu perbuatan jenayah lapor The Malaysian Insider. 

N. Surendran turut dilaporkan sebagai berkata, "Umno jelas sekali sudah hilang kewarasan, ia semakin hilang sokongan rakyat dan kini menggunakan taktik yang biasa dipakai oleh Korea Utara,"

Peguam hak asasi merangkap Ahli Parlimen KEADILAN itu turut mengecam tindakan, Ahli Parlimen BN Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kerana turut serta dalam himpunan itu: "Himpunan penyokong Umno ini menayangkan kain rentang dan sepanduk mengajak masyarakat melakukan keganasan".

"Jenayah yang dilakukan semasa perhimpunan Umno semalam termasuk ugutan jenayah, timbulkan ketakutan awam dan terlibat dalam tindakan yang boleh menjejaskan sistem demokrasi berparlimen," terangnya. 

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi tidak boleh membisu dalam hal ini.

"Polis mesti bertindak terhadap peserta himpunan kerana tindakan jenayah secara terbuka dilakukan oleh ahli Umno," tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com 



Post a Comment

Previous Post Next Post