Calon Ketua dan Timbalan Ketua AMK 2014 tawar 7 gagasan

,

EdisiRakyat.com


DIGARAP hasil pertemuan, perbincangan dan konsultasi bersama Angkatan Muda Negeri, Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) dan individu, calon Ketua dan Timbalan AMK 2014 akan menawarkan 7 gagasan bagi memajukan Angkatan Muda KEADILAN sebagai sayap pemuda yang dinamik dan progresif.

Dalam satu kenyataan bersama, calon-calon Ketua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan 2014, Amiruddin Shari dan Dr Afif Bahardin‎ akan membentangkan 7 gagasan itu pada hari Sabtu, 15 Febuari 2014 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. 
 
"Selain itu, kami juga telah mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Angkatan Muda Negeri untuk meneliti dan mencalonkan wakil-wakil negeri untuk bergandingan bersama kami dalam Pemilihan KEADILAN 2014" tulis kenyataan itu.

"Justeru kami juga akan mengumumkan calon - calon kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN yang akan bergabung dan bersama - sama dengan kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN untuk melaksanakan 7 Gagasan Angkatan Muda KEADILAN.‎" tulis kenyataan itu lagi. — EdisiRakyat.com