Herman Tino akan bertanding di DUN Kajang?

,

EdisiRakyat.com

BEKAS penyanyi dangdut dan Melayu Asli, Herman Tino atau nama sebenarnya Masrum Tamsi, dikatakan akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil, PRK DUN Kajang.

Herman dikatakan akan bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN selepas kerusi DUN Kajang diistiharkan kosong berikutan perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh. 

Herman dalam pilihanraya umum ke 13, PRU13 sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang menentang Datuk Noh Omar.

Beliau yang merupakan anak jati Negeri Selangor itu mahu rakyat Selangor menolak permainan politik KEADILAN, yang disifatkan mempermainkan mandat yang telah diberi rakyat.