Latihan memburu haiwan terlepas di Zoo Euno Tokyo


PERCAYA atau tidak, ini bukanlah gorila sebenar sebaliknya salah seorang kakitangan zoo yang mengenakan kostum 'ala gorilla' untuk meniru ragam gorilla terlepas dari kawalan.


Kakitangan di Zoo Ueno Tokyo, Jepun mengejar seorang penjaga haiwan, Natsumi Uno yang memakai kostum sambil dia cuba meniru ragam seekor gorilla sebenar sekiranya ia terlepas. 

Walaupun kostum gorilla yang dipakai oleh Natsumi langsung tidak menyerupai seekor gorilla, namun nampaknya mereka melakukan latihan tahunan itu dengan begitu bersungguh-sungguh.


Latihan memburu haiwan terlepas merupakan acara wajib tahunan kakitangan Zoo Ueno di Tokyo. 

Mereka menggunakan jaring, dan senapang pelali untuk menangkap Natsumi yang kelihatan seronok meniru watak haiwan hari itu. 

Natsumi dilaporkan sebagai berkata: "Semasa menjalankan tugas, kadangkala kami perlu menangkap haiwan yang terlepas, tapi harus hati-hati jangan sampai kami pula yang ditangkap. 

"Bila kakitangan lain cuba menangkap saya, saya benar-benar dapat rasakan perasaan haiwan. 

"Kami harus memikirkan keselamatan manusia, dalam masa yang sama perlu mengambil langkah keselamatan terhadap haiwan yang mahu ditangkap. Kerana itulah latihan ini sangat penting.


Gorilla tiruan yang diburu itu akhirnya berjaya ditangkap oleh kakitangan zoo, namun pastinya mereka akan berdepan dengan situasi yang jauh lebih sukar jika haiwan sebenar yang terlepas suatu hari nanti. — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post