PAS tidak setuju agenda tukar MB Selangor kata Nasrudin Tantawi

PAS tidak bersetuju Pilihanraya Kecil DUN Kajang dijadikan sebagai agenda menukar Menteri Besar Selangor, kata Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya di laman facebook. 

Ahli Parlimen PAS, Temerloh itu mendakwa bahawa "PAS merasakan bahawa tiada keperluan menukar Menteri Besar Selangor yang ada sekarang".


Kenyataan ini sekaligus mengesahkan dakwaan bahawa Nasrudin Hassan menentang tindakan Anwar Ibrahim yang dikatakan bertanding di DUN Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor. 

Perletakan jawatan ADUN KEADILAN Kajang, Lee Chin Cheh untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu dispekulasikan sebagai agenda untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor. 

Nasrudin dan Pemuda PAS Selangor antara pihak dalam Pakatan Rakyat yang menentang keras perletakan jawatan ADUN Kajang dan juga penukaran MB Selangor. — EdisiRakyat.com


Post a Comment

Previous Post Next Post