Rakan disangka musuh: Pegawai risikan tentera Israel terbunuh ditembak rakan

,

EdisiRakyat.com
SEORANG pegawai tentera Israel dilaporkan terbunuh pada hari Selasa akibat tembakan rakan berhampiran pagar kepungan yang terletak di antara Israel dan Utara Gaza, Palestin. 

Siasatan awal mendapati, Kapten Tal Nachman, 21 dilaporkan telah ditembak mati oleh seorang rakan tentera di kawasan itu menurut satu kenyataan daripada jurucakap Pasukan Pertahanan Israel, IDF.

  Ketika kejadian yang berlaku pada sekitar jam 2:00 pagi berhampiran Kibbutz Be'eri Utara Semenanjung Gaza itu, tentera dari batalion risikan dikatakan sedang dalam misi rutin pemantauan pada jarak 300 meter dari pagar kepungan di wilayah Israel. 

Pegawai risikan tersebut bersama seorang kakitangan bersenjata bersebelahan dengan Briged Givati yang bersama kakitangan IDF Achzarif dengan senjata berat. 

Sekitar jam 2:00 pagi salah seorang tentera dari Briged Givati yang sedang dalam misi rondaan ternampak pergerakan mencurigakan di ruang bawah sebuah kenderaan rondaan. 

Tentera Givati tersebut dilaporkan cuba berhubung melalui bahasa isyarat untuk mengenal pasti suspek sebelum melepaskan beberapa tembakan apabila mendapati tiada jawapan positif diterima. 

Tembakan tersebut mengenai belakang pegawai yang sedang tidur di bahagian atas belakang kenderaan rondaan. — EdisiRakyat.com