Akta Hasutan: Tian Chua dipanggil ke Balai Polis

,

EdisiRakyat.com
‎AHLI Parlimen Batu, Tian Chua mendedahkan sekeping surat panggilan Pihak Polis mengarahkan beliau untuk hadir ke Balai Polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.

Melalui akaun twitter miliknya, Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, PKR itu memuat naik foto surat arahan tersebut‎ yang tercatat namanya dan mengkehendaki beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini (18/03/2013) jam 10 pagi.

‎Tian, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang menulis ringkas di akaun twitter: 

‎"Notis polis maklumkan saya hadir di IPK KL 10pg besok"