Hampir 80 peratus rumah sembelihan tidak berlesen — Ismail Sabri

HAMPIR lapan puluh peratus daripada dua ribu rumah sembelihan di negara ini tidak memiliki lesen kata Datuk Ismail Sabri.

Menteri Industri Pertanian dan Asas Tani itu dilaporkan sebagai berkata, rumah-rumah sembelihan dimiliki oleh perusahan kecil, mengakibatkan status halalnya diragui.

"Kementerian mahu semua kerajaan negeri untuk menguat kuasakan‎ Enakmen Perladangan Unggas bagi memastikan kesemua rumah sembelihan memiliki lesen dan didaftarkan supaya operasi mereka dapat dipantau oleh pihak berkuasa," katanya.

"Negeri-negeri yang mempunyai enakmen itu patut menguat kuasakannya‎ bagi membolehkan pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat memantau rumah-rumah sembelihan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peratusan" tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post