#MH370 tidak mendarat di Pengkalan Amerika Syarikat, Diego Garcia

DATUK Seri Hishamuddin Tun Hussein, yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia, di Lautan Hindi.

Bercakap pada sidang media tentang perkembangan pencarian pesawat itu di Sepang hari ini, beliau dilaporkan berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan. 

Beliau dilaporkan sebagai berkata:


"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas.

"Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan,"

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 239 penumpang termasuk‎ 12 anak kapal, hilang daripada radar sejam selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lepas.

Berikutan pengesahan bahawa pesawat itu melakukan penerbangan patah balik, wujud spekulasi dari media asing bahawa pesawat itu mungkin dilencongkan dan telah mendarat di Diego Gracia.‎ — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post