Sultan Johor titah bendera separuh tiang hormati nahas MH370

‎SULTAN Johor, Sultan Ibrahim menitahkan agar semua bendera negeri dan Malaysia di negeri dan jajahan takluknya dinaikkan separuh tiang bagi menghormati kesedihan terhadap tragedi nahas kehilangan pesawat MH370.


Titah tersebut dilaporkan telah berkuatkuasa serta merta semalam menyaksikan semua pejabat kerajaan di Negeri Johor menaikkan bendera biru merah negeri Johor‎ dan bendera Malaysia separuh tiang.

Dalam sidang media Perdana Menteri malam kelmarin, Najib Tun Razak mengumumkan secara rasmi bahawa penerbangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Sidang media dengan ucapan dukacita dan takziah oleh Perdana Menteri itu ditafsirkan sebagai berita buruk, yang bermaksud pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi oleh majoriti sumber berita.

Bagaimanapun pencarian masih tetap diteruskan, memandangkan pengumuman Perdana Menteri itu hanyalah berdasarkan analisis data oleh syarikat inmarsat dari Britain tanpa bukti fizikal yang jelas menunjukkan pesawat itu terhempas. — EdisiRakyat.com


Post a Comment

Previous Post Next Post