Tian Chua akui intai jawatan Timbalan Presiden KEADILAN

‎AHLI Parlimen Batu, Tian Chua (gambar) dilaporkan sedang mengintai peluang untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Naib Presiden KEADILAN Itu juga dilaporkan telah mengesahkan dakwaan itu kepada portal Malaysiakini‎.

Tian Chua dilaporkan sebagai berkata "Ya itulah yang saya kata, tetapi kami akan memutuskan butirannya selepas Pilihanraya Kecil Kajang,"

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa cina Sin Chew Daily, dan Kwong Wah Yit Poh mendakwa beliau sedang mengintai kerusi Timbalan Presiden KEADILAN. 

‎Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan kesediaan dirinya untuk merebut kerusi tersebut.

Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang merupakan penyandang kerusi itu pula bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi itu.

Pemilihan KEADILAN akan berlangsung secara berperingkat bermula 25 April sehingga 11 Mei. — EdisiRakyat.com


Post a Comment

Previous Post Next Post