Kanak² mati selepas van sekolah terhumban dalam kolam kumbahan

,

EdisiRakyat.com

SEBUAH van sekolah terhumban ke dalam sebuah kolam kumbahan di Taman Universiti, Johor Bahru hari isnin mengakibatkan seorang kanak-kanak terbunuh manakala 5 lagi parah.

Penolong Pengarah Polis, OCPD Khamsani Abd Rahman dilaporkan berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12:15 di sepanjang Jalan Pertanian 7.

‎"Kanak-kanak dilaporkan sedang masuk ke dalam van, apabila ia tiba-tiba mengundur ke belakang dan melanggar pintu gate sebelum terhumban ke dalam kolam kumbahan.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar, 5 tahun‎ dan jenazahnya dilaporkan telah dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat, manakala lima lagi dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan," kata beliau yang dipetik oleh akhbar tempatan.

ACP Mohd Khamsani turut dilaporkan sebagai berkata bahawa wanita pemandu van sekolah terbabit kini ditahan polis untuk membantu siasatan — EdisiRakyat.com