Bintang Hollywood Vin Diesel cabar Presiden Russia curah ais atas kepala

,

EdisiRakyat.com
BINTANG Hollywood, Vin Diesel mencabar Presiden Russia, Vladimir Putin untuk mencurahkan sebaldi ais ke atas kepala. Cabaran itu dilontarkan melalui satu rakaman video dimuat naik di laman instagram miliknya. 

‎Tindakan itu dilaporkan sebagai salah satu gimik kempen kesedaran sedunia tentang penyakit penyusutan neuron, di mana ia menyaksikan ramai selebriti-selebriti barat menyahut cabaran yang digelar sebagai "Ice Challenge".

Mereka merakam adengan mencurah ais ke atas diri mereka sebelum memuat naik rakaman itu ke laman sosial sebagai bukti keberanian.

Setiap peserta yang mengambil bahagian biasanya akan menyerahkan cabaran kepada orang lain dengan cara menamakan individu lain menggesanya menyahut cabaran tersebut dalam masa 24 jam.


Vin Diesel, dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram pada hari Selasa, mencurahkan sebaldi ais ke atas kepalanya sebelum menamakan Presiden Russia, Wanita Pertama Amerika, Michelle Obama, dan bintang Hollywood Angelina Jolie untuk menyahut cabaran.

Ketika ditanya oleh pihak akhbar tempatan sama ada Presiden Russia akan menyahut cabaran itu, jurucakap Vladimir Putin‎, Dmitry Peskov dilaporkan sebagai berkata, presiden barangkali tidak mengetahui tentang cabaran itu. — EdisiRakyat.com