Demonstrasi 'reben hitam' desak Khalid letak jawatan depan Bangunan SUK

‎SEKUMPULAN kecil yang terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan, NGO hari ini mengadakan himpunan depan Bangunan SUK negeri mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim  yang sudah hilang sokongan majoriti agar meletak jawatan.

‎Kumpulan yang menggelar tindakan mereka sebagai "Kempen Kembalikan Selangor" itu melakukan protes di luar pintu pagar utama Bangunan SUK berkata, oleh kerana Khalid bukan lagi angota Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN, beliau patut meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. 


Wakil kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa dilaporkan sebagai berkata, Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan 30 ADUN Selangor sejak hari Khamis, maka ini jelas menunjukkan Khalid tiada lagi sokongan majoriti untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

‎Beliau turut dilaporkan sebagai berkata bahawa pemecatan 5 exco yang dilakukan oleh Khalid, sebagai tidak mengikut nilai-nilai demokrasi.

"Beliau (Khalid) memecat ahli mesyuarat kerajaan negeri tanpa persetujuan PKR dan DAP.

"Ini bertentangan dengan demokrasi kerana rakyat Selangor mengundi parti bukan individu," katanya dalam demonstrasi itu.

Pengawal Keselamatan menghalang mereka daripada memasuki bangunan. Ahli kumpulan itu akhirnya mengikat reben hitam di pintu pagar utama sebagai tanda bahawa demokrasi negeri telah mati.‎ — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post