Pelajar 15 tahun mengadu dirogol kenalan seorang anggota polis

,

EdisiRakyat.com
‎PELAJAR perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis mendakwa telah dirogol oleh seorang kenalannya yang juga seorang anggota polis bertugas di Balai Polis Rengit, Batu Pahat Johor.

Dalam laporannya, pelajar tersebut  mendakwa dia dirogol di sebuah bilik hotel bernombor 208 di Parit Raja Batu Pahat, di mana suspek telah memaksanya menghisap kemaluan sebelum memperkosa mangsa di bilik hotel tersebut.

Salinan surat aduan mangsa kepada pihak polis yang dihitamkan beberapa butirannya dikesan berlegar di laman sosial facebook dan twitter serta beberapa buah blog sejak malam semalam. — EdisiRakyat.com