Penyelidik dakwa asteroid gergasi bakal berlanggar dengan bumi

,

EdisiRakyat.com
‎PENYELIDIK mendedahkan hasil pemerhatian mereka yang mendapati sebuah asteroid gergasi kini sedang menuju ke arah bumi dan dijangka akan membawa bencana serta kemusnahan yang besar apabila ia berlanggar dengan permukaan bumi lapor portal metro.co.uk. 

‎Asteroid gergasi itu dilaporkan boleh mengakibatkan kerosakan besar, termasuk perubahan drastik cuaca bumi sekaligus membawa kemusnahan kepada kehidupan manusia.


Asteroid 1950 DA itu dilaporkan memiliki saiz diameter satu kilometer‎, bergerak menuju ke arah bumi dengan kelajuan 9 batu sesaat (14.4 km sesaat) — Ini bermakna, hasil rumusan penyelidikan mendakwa ia akan melanggar permukaan bumi pada kelajuan 38,000 batu sejam (60, 800 km/j).

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana, meskipun kebarangkalian asteroid gergasi itu melanggar bumi adalah sangat tinggi, atau dalam bahasa astronomi 300/1, penyelidik yakin hari pelanggaran itu tidak akan berlaku sebelum tahun 2880.

Dijangka 35 generasi lagi untuk ia tiba di bumi sekaligus memungkinkan manusia pada masa itu telah berjaya menemui kaedah untuk mengelakkan bencana dahsyat yang bakal terhasil. — EdisiRakyat.com