Artis mengaku tidak bersalah jatuhkan belon kuning, menghina PM

,

EdisiRakyat.com
‎WANITA yang menjatuhkan 4 belon berwarna kuning dalam satu majlis yang dihadiri perdana menteri dan isterinya tempoh hari dilaporkan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap tuduhan 'menghina' yang dikenakan ke atasnya.


‎Bilqis Hijjas, (gambar) seorang penari dituduh di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. Majistret Nur Azura Murah menetapkan jaminan RM500 beserta seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan pada 26 Oktober 2015. — EdisiRakyat.com, 23 September 2015.