PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan

PAS tetap dengan pendirian parti itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini‎ bahawa ia tidak akan terlibat dengan gabungan pembangkang yang baru dibentuk, dinamakan sebagai Pakatan Harapan.

‎Portal lidah rasmi parti itu menyiarkan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang menegaskan bahawa, PAS mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat, PKR di samping menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri.


Namun, PAS menegaskan bahawa ia tidak akan terlibat dengan ‎Pakatan Harapan seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini. Tambahnya lagi, PAS akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti, dan melebarkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS di seluruh negara.

‎Semalam Ketua Pembangkang, yang juga Presiden PKR Dato Seri Dr Wan Azizah memanggil satu perbincangan meja bulat dan berjaya menubuhkan gabungan pembangkang yang baru dinamakan Pakatan Harapan bersama-sama dengan Parti Tindakan Demokratik, DAP dan Parti Amanah Negara, AMANAH — EdisiRakyat.com, 23 September 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post