Tuduhan 'dedak' satu penghinaan kepada rakyat — Najib Razak


KERAJAAN akan terus memberi bantuan kepada rakyat walaupun digelar sebagai memberikan'dedak' kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dilihat sebagai membalas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Mahathir yang sering menggunakan istilah 'dedak', perdana menteri berkata, gelaran itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat, bagi kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat merupakan satu tanggungjawab yang mesti dipenuhi.

"Memberikan bantuan kepada rakyat merupakan satu tanggungjawab, sebab itu Barisan Nasional dan saya sendiri tidak kisah apa orang nak kata, kerana kita yakin akhirnya rakyat akan tahu apa yang telah dilakukan untuk kebaikan mereka," kata beliau di Masjid Putra Sabtu lalu.

Sebagai sebuah kerajaan, kita akan terus menjaga kebajikan orang Islam selain mengutamakan penyatuan orang Islam sebagai agenda besar negara" katanya lagi. — EdisiRakyat.com, 26 Jun 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post