Permohonan dan pembaharuan pasport secara online bermula 1 September 2016

,

EdisiRakyat.com
PERMOHONAN dan pembaharuan pasport secara online yang akan berkuatkuasa pada hari Khamis ini dijangka akan mengurangkan kesesakan yang selama ini berlaku di pejabat-pejabat imegresen apabila jangka masa pemprosesan setiap permohonan dianggarkan hanya mengambil masa selama kurang daripada sejam.


Sistem atas talian itu akan dimulakan mengikut fasa, bermula di Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, Putrajaya dan Pusat transformasi Bandar di Pudu Sentral. Demikian seperti yang disahkan oleh Pengarah Jabatan Imegresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Tambahnya lagi, sistem baru itu nanti dijangka akan mempercepatkan tempoh proses pembaharuan pasport kurang daripada sejam memandangkan pengisian maklumat peribadi, gambar dan pembayaran semuanya boleh dilakukan secara atas talian (online).

Ketika ini permohon perlu menunggu sehingga sejam ataupun lebih daripada masa pembayaran dibuat sehinggalah selesai proses pembaharuan pasport.

Namun dengan adanya sistem baru itu nanti, difahamkan pemohon hanya perlu pergi ke kaunter untuk mengambil pasport mereka selepas menunjukkan bil pembayaran yang telah dijelaskan sebelum itu secara atas talian — Edisirakyat.com, 29 Ogos 2016