Ahli perniagaan direman atas dakwaan hina Islam berhubung kematian Haron Din

,

EdisiRakyat.com
SEORANG ahli perniagaan akan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan menghina Islam berkait kematian Mursyidul AM PAS, Allahyarham Datuk Haron Din.

Permohonan reman terhadap suspek telah dihantar ke mahkamah majistret Johor Baru, oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Johor pada pagi Selasa.

Suspek yang berusia 69 tahun itu dilaporkan telah ditangkap kerana menulis komen-komen yang disifatkan sebagai tidak sensitif di laman sosial Facebook menggunakan nama Ong TK.




Pendaftar Mahkamah, Faridatul Farrah Mohd Shukri dilapor mengeluarkan perintah reman selama tiga hari terhadap tertuduh bermula selasa.

Suspek ditahan di daerah Mengelembu dekat Ipoh, Perak pada hari Isnin lalu sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Johor hari yang sama.

Bagaimanapun, dia lagi suspek yang ditahan atas kesalahan yang sama sebelum ini telah dibebaskan berikutan Majistret Noor Aisyah Ahmad menolak permohonan reman ke atas mereka.

Kedua-dua mereka, seorang yang berusia 62 tahun dan seorang lagi berusia 50 tahun masing-maaing ditahan di Bandar Utama dan Shah Alam Selangor berikutan kesalahan yang didakwa dilakukan menerusi laman sosial twitter.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — EdisiRakyat.com, 20 September 2016