Lelaki ini ganti kakinya yang dipotong dengan permainan Lego

LELAKI ini hilang bahagian bawah kakinya pada bulan Jun lalu, kerana alasan perubatan, ia terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit Diabetis.

Apa yang menarik perhatian, dia telah membina sebuah kaki palsu yang diperbuat daripada permainan Lego sementara menunggu kaki palsu sebenar untuknya disiapkan.

Marc Cronin, 32 disahkan menghidap penyakit Diabetis Type 2 pada bulan Jun 2013. Dia terpaksa melalui rawatan insulin 18 bulan lalu bagi mengawal diabetis yang dihidapinya.

Bagaimanapun, pada 2014 ibu jari kakinya terpaksa dipotong, sebelum akhirnya dia kehilangan sebahagian kaki kirinya dari paras lutut ke bawah disebabkan aras gula yang tinggi dalam darahnya untuk jangka masa yang panjang.

Marc tiba-tiba mendapat ilham selepas melihat isteri dan anaknya bermain dengan permainan Lego. Dia lantas mendapatkan kotak Lego milik anaknya dan terus membina sebuah kaki sementara untuk menggantikan kaki kirinya yang hilang.

Gambar dirinya bergaya dengan kaki baru yang dibina daripada permainan Lego itu dikongsikan di halaman sosial Reddit miliknya — Edisirakyat.com, 6 September 2016

Previous Post Next Post