Lima beranak tunggang sebuah motorsikal pulang ke kampung sentuh hati netizen

KISAH lima beranak pulang ke kampung menaiki sebuah motosikal, menjadi viral di laman sosial Facebook, apabila perkongsian menyentuh hati itu dikongsi semula oleh lebih 16,000 pengguna lain.

Pasangan suami isteri yang dikatakan berasal dari Butterworth, Pulau Pinang itu menaiki sebuah motorsikal bersama-sama dengan tiga orang lagi anak mereka. Turut dibawa bersama ialah seekor kucing, yang diletakkan di dalam bakul motosikal tersebut.

Pengguna Facebook, Hasnul Zulkarnain memaklumkan bahawa beliau bertemu dengan keluarga itu di sekitar Tol Jelapang pada jam 1:25 petang, 13 September 2016 (semalam). 




Atas dasar simpati, Hasnul sempat menahan keluarga itu untuk memberikan sedikit sumbangan. Beliau juga sempat mengambil sebuah video dan beberapa keping foto untuk disebarkan ke media sosial.

Dengan izin Allah, pada sebelah malamnya Hasnul berjaya mengesan keluarga itu selepas perkongsiannya menjadi viral di laman sosial, ia dikatakan menerima lebih 700,000 views.

Berikut rakaman video Hasnul ketika bertemu Abg Ali dan isterinya yang dirakamkan secara langsung melalui aplikasi Facebook. Sila klik — YouTube


Previous Post Next Post