Pelajar lelaki hilang 2004, rupanya diculik untuk mengajar Bahasa Inggeris

,

EdisiRakyat.com
SEORANG pelajar universiti yang hilang ketika melancong di China pada 2004 dilaporkan telah diculik oleh Kerajaan Korea Utara untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada pemerintah Korea Utara, Kim Jong-Un.


David Sneddon, seorang pelajar dari Universiti Brigham Yoing di Utah, hilang di Wilayah Yunnan, Barat Negara China ketika berumur 24 tahun.

Dia disangka maut ketika mendaki berhampiran Sungai Jinsha pada 14 Ogos, 2004 namun sejak hari itu, mayatnya gagal ditemui.

Bagaimanapun, Khamis lalu dia dilaporkan dilihat di Kota Utara dan dikatakan sedang bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris lapor Yahoo News Japan.

Memetik satu kenyataan sumber yang dekat dengan keluarga David, dia sebenarnya telah diculik supaya dapat mengajar Bahasa Inggeris kepada Kim Jong-Un, waris pemerintahan diktator Korea Utara.

Ibu bapanya selama ini tidak pernah percaya dengan laporan anaknya maut kerana terjatuh ke dalam sungai sebelum ini dan percaya dia telah diculik kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Korea.

Ibu bapa David, dilaporkan turut sedar bahawa Korea Utara terkenal dengan tindakan menculik orang untuk kepentingan pemerintah negara itu. — Edisirakyat.com, 4 September 2016