Remaja dipaksa rakam dan hantar video bogel ibu dan kakak sedang mandi

,

EdisiRakyat.com
SEORANG remaja perempuan di Kuantan dipaksa untuk merakam secara sembunyi dan menghantar video bogel ibu dan dua kakaknya ketika sedang mandi.

Xiaoyu (bukan nama sebenar) dilaporkan berusia 12 tahun ketika bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ho ketika sedang bermain permainan game atas talian pada bulan Jun 2012. Mereka mula berhubung melalui applikasi Instant Messengger.

Beberapa bulan selepas itu, Ho mula meminta gambar-gambar Xiaoyu untuk dihantar kepadanya, termasuk meminta gambar remaja itu dalam keadaan bogel. Remaja mentah itu tanpa berfikir panjang telah menghantarnya.

"Selepas itu, dia selalu suruh saya hantar gambar bogel saya kepadanya atau dia akan sebarkannya (gambar-gambar bogel sebelum ini) ke merata-rata tempat" kata Xiaoyu yang kini berusia 16 tahun memaklumkan kepada wartawan.

Menurut remaja itu lagi,  Ho pernah datang ke Kuantan pada 2014 dan membawanya ke sebuah hotel sebelum memaksanya melakukan hubungan seks.

"Dia selalu datang selepas itu untuk melakukan seks dengan cara mengugut menggunakan gambar-gambar tersebut," katanya lagi.

Kali terakhir mereka mengadakan hubungan seks ialah pada 17 dan 18 Jun lalu.




Selepas itu, Ho dilaporkan memintanya untuk meletakkan telefon di dalam bilik air di rumah untuk merakam secara rahsia video ibu dan kakak ketika mereka sedang mandi.

"Saya terpaksa menghantar video-video itu kepadanya, jika tidak dia akan sebarkan gambar bogel saya ke internet" katanya.

Selepas kejadian itu, Ho dilaporkan mula mengugut kakak sulung Xiaoyu pula melalui media sosial dengan memberitahu bahawa dia ada menyimpan video bogelnya.

Xiaoyu mendakwa Ho telah mula membuka sebuah blog baru-baru ini, dan telah memuat naik lapan foto bogelnya.

"Saya betul-betul tertekan dan kadangkala saya tak dapat tidur sepanjang malam. Malah saya ada terfikir untuk bunuh diri," katanya lagi.

Quek Tai Seong, pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dilaporkan telah membawa remaja berkenaan untuk membuat laporan Polis. — EdisiRakyat.com, 13 September 2016