Robot seks lebih hebat di ranjang berbanding mana-mana manusia kata pakar

,

EdisiRakyat.com
SANGGUPKAH anda meniduri sebuah robot yang dingin tidak bernyawa? 

Apa pun jawapan anda, pakar robotik berpendapat hubungan seks antara manusia dengan robot bakal menjadi amalan biasa dalam beberapa dekad lagi.

Ini kerana, robot yang dilengkapi kepintaran buatan jauh lebih hebat di dalam memuaskan pasangan di atas ranjang berbanding mana-mana manusia sebenar.

Joel Snell, seorang pakar robotik daripada Kirkwood College di Iowa dilaporkan berkata, "robot seks boleh diprogramkan, dan mampu memenuhi setiap keperluan individu pengguna yang menjadi pasangannya".

"Pengguna akan jadi ketagih, manakala robot seks tidak akan pernah menolak permintaan pasangan, ia sentiasa mampu memenuhi nafsu bagi melampiaskan ketagihan"



Manusia berkahwin dengan robot

Menjelang 2050, hubungan seks dengan robot akan menjadi perkara biasa, sebahagian orang pula berkemungkinan untuk jatuh cinta dengan android.

David Levy dari Unoversity of Maastricht pula menjangkakan, perkahwinan antara manusia dan robot akan berlaku menjelang tahun 2050. Ramai manusia pada waktu itu memilih untuk berkahwin dengan robot berbanding dengan manusia sebenar.

Bagaimanapun, sebahagian pakar dilaporkan berpendapat hubungan manusia-robot adalah sedikit kurang hangat dan lebih kepada berdasarkan nafsu semata-mata.

Dalam kertas kajian bertajuk "Robots, men and sex tourism" Ian Yeoman dan Mitchelle Mars dari University of Victoria Management School di Wellington, New Zealand, perkhidmatan robot pelacur akan jadi kebiasaan namun harganya sangat mahal pada tahun 2050.

Kertas kajian itu membayangkan bagaimana rumah-rumah pelacuran di Amsterdam bakal menawarkan pelbagai bidadari dan bidadara seks dalam pelbagai etnik, bangsa, bentuk badan, umur, bahasa dan ciri-ciri seksual. — Edisirakyat.com, 8 September 2016

.