Selebriti laman sosial didakwa jadi pelacur, kenakan bayaran RM30,000 semalam

SELEBRITI laman sosial berumur 20-an dan beragama Islam ditahan bersama pelanggannya seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin kerana dipercayai terlibat dengan pelacuran kelas atasan.

Wanita yang dilaporkan turut memiliki perniagaan di Lembah Klang itu didakwa mengenakan bayaran sehingga RM30,000 semalam kepada pelanggannya termasuk golongan kenamaan (VVIP).




Memetik kenyataan sumber, Utusan Malaysia melaporkan, wanita yang ditangkap di sebuah suite Hotel Mewah di Damansara awal minggu lalu itu, mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja dan sudah terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu.

Sumber turut dipetik sebagai berkata, "Wanita ini begitu licik, dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang," — Edisirakyat.com, 8 September 2016

Post a Comment

Previous Post Next Post