Tiga lelaki ditangkap kerana mendulang emas di tanah Sultan Johor

TIGA orang lelaki yang sedang mendulang emas secara haram di tanah persendirian milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ditangkap dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Polis Johor.

Serbuan dilaporkan dibuat pada sekitar jam 11 pagi. Poliss telah merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk mendulang seperti pam air, kuali, cangkuk, penyodok dan baldi daripada suspek yang berusia 29 hingga 36 tahun.


Bertindak atas maklumat orang awam, polis melakukan tindakan menyerbu kawasan berkenaan. Ketika serbuan semua suspek dilihat sedang menjalankan kegiatan mendulang emas secara haram dalam kawasan itu. 

Kes dilaporkan sedang disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan semua mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis — Edisirakyat.com, 4 September 2016

Post a Comment

Previous Post Next Post