Video pesuruhjaya tinggi Sri Lanka dipukul di KLIA

SEBUAH video rakaman kejadian Pesuruhjaya Tinggi Sri Langka di Malaysia, Ibrahim Saib Ansar dipukul di KLIA tersebar hari ini di laman sosial.

Polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan untuk mengesan mereka yang terlibat melakukan jenayah tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 3:00 petang pada Hari Ahad, selepas beliau kenali dari menghantar Menteri Industri Utama Sri Lanka, Daya Gamage di KLIA.

Laman sesawang Kementerian Luar Sri Lanka dilaporkan ada mengeluarkan kenyataan:

"Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka, di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan juga membantu siasatan" — Edisirakyat.com, 6 September 2016

Previous Post Next Post