13 artis tubuh kelab untuk kenang jasa dan balas budi Umno

"Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah mana-mana pihak sebaliknya lebih tertumpu untuk membalas budi Umno yang banyak berjasa kepada negara daripada kami lahir sehingga sekarang," itu kata Presiden Kelab Umno Artis Tanahair, KUAT Datuk A Rahman Hassan dipetik oleh mstar.

Tiga belas orang artis dilapor telah menubuhkan sebuah kelab, KUAT di dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada Parti Umno.

"Kita akan menjalankan beberapa aktiviti kebajikan dan program jelajah dengan beberapa pihak bagi memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para artis." Kata A Rahman.



"Diharap aktiviti yang akan dianjurkan itu sedikit sebanyak membantu parti dalam usaha mengembalikan kepercayaan kepada parti Umno," katanya lagi.

Antara artis yang terlibat mengasaskan kelab tersebut ialah pelakon dan pengarah yang tidak asing tanah air, Datuk Yusof Haslam selaku timbalan presiden, Azlee Jaafar sebagai Setiausaha Agung, dan Datuk Ziela Jalil menjadi bendahari.

Penggiat seni yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kuat pula adalah Datuk Jamal Abdillah, Datin Paduka Suhaimi Baba, Datuk Nash, Khir Rahman, Datuk Azman Saleh, Datuk Suhaimi Mohd Zain, Rahim Jailani, Dira Abu Zahar dan Liza Abdullah.

KUAT telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 5 Oktober lalu. — EdisiRakyat.com, 18 Oktober 2016
Previous Post Next Post