Ambil duit RM1, murid darjah 2 terperangkap dalam longkang sekolah

KASIHAN, seorang murid darjah dua Sekolah Kebangsaan Batu Belah di Klang Selangor dikatakan terperangkap dalam longkang selama kira-kira 15 mini selepas gagal mengambil duit RM1 miliknya yang terjatuh dalam longkang tersebut.

Murid tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba. Mangsa yang berusia 8 tahun itu dilaporkan cuba mengambil wang kertas RM1 duit belanja sekolah miliknya yang terjatuh dalam longkang.



Oleh kerana gagal keluar selepas menyusur masuk ke dalam longkang yang mempunyai penutup besi, pihak sekolah terpaksa menghubungi bomba bagi menyelamatkannya.


Pihak Bomba berjaya menyungkil keluar penutup besi tersebut sekaligus mengeluarkan mangsa sebaik sahaja tiba di tempat kejadian.

Pelajar tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak sekolah. — EdisiRakyat.com, 11 Oktober 2016
Previous Post Next Post