Angkara kentut, pesakit terbakar teruk ketika pembedahan

SEORANG pesakit dilaporkan mengalami cedera kebakaran yang teruk ketika melalui prosedur pembedahan di Universiti Perubatan Tokyo, apabila ketutnya dikatakan menyebabkan berlakunya percikan api.

Kejadian itu dilaporkan oleh sebuah akhbar Jepun, Asahi Shimbun.

Kejadian tersebut berlaku di hospital Universiti di Tokyo pada 15 April lalu. Pesakit berusia 30 an itu sedang melalui satu pembedahan yang melibatkan penggunaan jalur laser pada servik dan bahagian bawah rahimnya.



Jalur laser tersebut dipercayai terbakar akibat gas yang dilepaskannya. Api telah membakar banyak bahagian tubuh termasuk pinggang dan kaki lapor akhbar itu.

Sebuah jawatankuasa penyiasat luar yang memeriksa kes tersebut mendakwa dalam sebuah laporan yang diterbitkan pada 28 Oktober bahawa tiada sebarang bahan-bahan mudah terbakar dalam bilik bedah semasa pembedahan dijalankan.

Laporan itu turut mengesahkan bahawa kesemua peralatan yang diguna dalam pembedahan berfungsi secara normal.

"Apabila gas usus pesakit terbocor ke ruang pembedahan (bilik bedah), ia telah memercikkan api dari pancaran laser, dan kebakaran yang merebak akhirnya membakar pakaian bedah yang mengakibatkan kebakaran," dakwa laporan itu. — EdisiRakyat.com, 31 Oktober 2016
Previous Post Next Post