Ads Top

Angkara rokok, teman wanita dibelasah hampir empat Jam

SEORANG gadis malang bernama Kelsie Skillen, 18 tahun kini berasa sangat lega apabila akhirnya teman lelakinya yang menyebabkan dia menanggung parut di seluruh badan dan muka akhirnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman.

Kelsie yang merupakan seorang jurumekap artis dibelasah oleh teman lelakinya James McCourt,19 hampir empat jam hanya kerana rokok.

Menceritakan kembali saat kejadian, Kelsie baru pulang keluar malam bersama teman lelakinya sebelum James tersedar bahawa jaketnya yang mengandungi rokok telah tertinggal.

James terus memarahi Kelsie dan menyalahkan Kelsie sebagai penyebab jaketnya tertinggal. James meluru ke pintu dan mengunci pintu depan flat yag disewa bersama di Milton, barat Dunbartonshire sebelum menyorokkan kunci itu dan terus menerkam Kelsie dan membelasahnya

James sempat berkata kepada Kelsie, "Kau akan mempunyai parut esok, jadi lebih baik aku lakukan hari ini" sebelum meletakkan lututnya di atas dada Kelsie menyebabkan Kelsie tidak boleh bangun dan menumbuk Kelsie bertalu-talu.

Ketika itu, Kelsie menyangkakan dia akan mati kerana dia pengsan beberapa kali tetapi nasib menyebelahi Kelsie apabila dia mampu bangun dan menhubungi ibunya sebelum ibunya memaklumkan kepada pihak polis.

Melalui laman facebook Kelsie, dia memuat naik beberapa keping gambar kesan lebam yang kebanyakan di muka dan lengannya sambil meminta maaf kerana memuat naik gambar itu.

Status yang berbunyi; " Maaf kerana saya berkongsi gambar-gambar ini tetapi untuk pengetahuan anda, pada bulan Jun bekas teman lelaki saya yang bernama James McCourt telah mengurung saya hampir empat jam di rumah kami dan membelasah saya berulang kali sehingga meyebabkan saya dimasukkan ke hospital.



Seperti yang anda lihat, kebanyakkan gambar ini menunjukkan lebam di muka dan lengan. Hari ini dia didapati bersalah di mahkamah kerana kesalahan yang dilakukannya ke atas saya tetapi saya terpaksa meanggung parut yang ditinggalkanya.

Kelsie menyatakan dia memuat naik gambar itu untuk mempertahankan dirinya kerana ada pihak yang menyalahkan Kelsie kerana menyebabkan James dipenjarakan.

Kelsie juga memuat naik gambar itu agar menjadi pengajaran kepada gadis lain agar nasib yang sama tidak berulang kepada gadis lain dan menyatakan bahawa akan merasa amat bersalah jika tidak berkongsi pengalaman pahit itu.

Kelsie juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menunjukkan sokongan sepanjang kesnya berlangsung. — EdisiRakyat.com, 31 Oktober 2016
Powered by Blogger.